Di sebalik cerita2 kejayaan menawan gunung everest, ada juga cerita tentang kegagalan manusia untuk mendaki gunung tertinggi di dunia itu…dan inilah antara gambar2 mayat manusia yg gagal dalam misi menawan everest yang puncanya mungkin dari segenap sudut…..yg bercita2 menawan gunung tersebut,perlulah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal! awas!
Label
- Berbagi Kasih (2)
- curhat (3)
- doa-doa harian (2)
- info (44)
- kreativiti.. (10)
- langsir2 (11)
- Pelamin2 (3)
- peringatan.. (4)
- projek2 ku.. (4)
- resepi (1)
- story mory.. (10)
- video (3)
Selasa, 13 Mac 2012
Ahad, 11 Mac 2012
Rumah terbalik di Tamparuli, Sabah
Rumah terbalik di Tamparuli, Sabah kini menjadi tarikan pelancong di negeri itu.
KOTA KINABALU: Satu-satunya ‘rumah terbalik’ dan yang pertama di Malaysia kini menjadi tarikan pelancong di Sabah.
Menurut pengendali Trekker Lodge, rumah unik di kaki Gunung Kinabalu itu telah menarik lebih daripada 3,000 pelawat, selepas hampir enam minggu ia dibuka kepada orang ramai.
Malaysia Book of Records mengesahkan rumah itu adalah satu-satunya seumpamanya di negara ini.
Dari bumbung ke lantai termasuk sebuah kereta Kancil yang diletakkan di garaj, semuanya dalam kedudukan terbalik.
Rumah itu dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee, yang mengusahakan sebuah lodge pelancongan di Sukau, pantai timur Sabah.
“Pelancong asing dan tempatan tertanya-tanya mengenai rumah ini dan berkunjung ke sini sejak ia dibuka (pada 1 Februari),” kata Yee semasa majlis pembukaan rasmi rumah terbalik itu ole Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun pada malam jumaat.
Yee berkata, rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu diibaratkan sebagai sebuah mimpi yang menjadi kenyataan, yang direka berdasarkan gaya gabungan etnik Sino-Dusun dan Dusun.
Beliau berkata, ia dilengkapi dengan pelbagai seni kraf dan asli selain kelengkapan rumah seperti peti sejuk dan set sofa di mana semuanya berada dalam keadaan terbalik.
Masidi (kanan) sedang meninjau bahagian dalam rumah terbalik bersama Yee (dua, kanan).
Masidi Manjun mengucapkan tahniah kepada Yee di atas ideanya yang unik, berkata idea seperti itu adalah penting bagi pertumbuhan berterusan industri pelancongan yang pesat di Sabah.
“Idea-idea kreatif perlu menjadi sebahagian daripada industri pelancongan, kerana bukan semua yang datang ke Sabah mahu melihat hidupan liar atau pulau-pulau kerana mereka juga berkunjung di sini bagi melihat sesuatu yang berbeza.
“Kita perlu lakukan sesuatu yang berbeza untuk berjaya,” katanya.
Yee berkata, beliau menyampaikan mesej alam sekitar menerusi rumah itu yang mengingatkan bahawa perlu menjaga alam sekitar, jika tidak dunia akan musnah.
Rumah terbalik di Borneo itu mungkin yang satu di Asia Tenggara, kerana terdapat banyak rumah berkonsepkan sedemikian yang dibina di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan Jepun.
Ia dibina berhampiran jalan utama untuk menuju ke Gunung Kinabalu, Sungai Kiulu, Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Semporna dari Kota Kinabalu. Ia dibina mengikut spesifikasi rumah tradisional Sabah dan dilengkapi dengan dapur, ruang tamu, bilik tidur yang dibina terbalik! sedakasejahtera.blogspot.com
Khamis, 8 Mac 2012
Selasa, 6 Mac 2012
ANEH! SETIAP KALI MAKAN PERUT PEREMPUAN INI AKAN MEMBESAR SEPERTI HAMIL!
Kerri Dowdswell terkejut melihat perutnya yang tiba-tiba membuncit seperti hamil beberapa minit setelah ia menikmati sepotong kuih pai ceri. Kemudian, dalam beberapa jam, perut gadis berusia 23 tahun itu tiba-tiba saja kembali ke ukuran normalnya.
Uniknya lagi, perkara itu tidak terjadi sekali, namun setiap kali Kerri selesai makan malam. Keadaan Kerri yang aneh itu tentu membuat para doktor pening kepala mencari penyebabnya.
Pernah buat ujian alergik terhadap makanan, namun hasilnya tiada. Perut Kerri masih saja membesar dalam 15 minit hingga beberapa jam setelah makan malam.
“Orang-orang bertanya kepada saya bila akan bersalin, dan saya harus menjelaskan bahawa ‘bayi’ saya adalah daging panggang!,” ujar Kerri, warga Cannock, Staffordshire, England itu seperti dipetik daily mail.
“Sekarang, jika saya akan pergi makan di luar, saya harus bersiap-sedia memakai pakaian ibu hamil dan bengkung kalau-kalau saya akan membuncit lagi,” tambahnya.
Kerri Dowdswel
Walau tidak berasa sakit, keadaan itu membuatkannya malu dan tidak selesa.
Kerri hampir putus asa mencari ubat penyakit anehnya itu.
“Doktor mengatakan bahwa mungkin ini adalah sesuatu yang harus saya jalani selama saya hidup. Dan kini saya sudah terbiasa dengannya.” kata Kerri.

Langgan:
Catatan (Atom)