Kadang2 ...aku terfikir...terperasan juga..kalau masa dulu2..bila musim cuti sekolah,pasti surat income tax bersusun2 sampai.Yang jadi perunding perkahwinan pun kadang pening kepala nak ambik yg mana satu.Ada masanya terkejar2 nak selesaikan sesuatu tempat.Pernah juga dulu aku uruskan makeup kul 7 pg dah gerak ge airhitam.siap makeup drive pulak ke pt yusup.sampai jea terus pasang tabir balai dan hias meja makan.Lepas tu siap jea aku masuk rumah makeup pgantin.Siap makeup pengantin aku tingalkan ge pt.sentang pulak..Siap kat pt sentang aku patah balik pt yusup..bukak balai...macam nak tercabut kaki aku..hampir2 nak accdent.
Cuma sekarang aku rasa x larat nk wat mcm dulu.Masih buat gak..tapi agak terhad..Lagipun sekarang mcm kurang sikit majlis x mcm dulu.Aku tanya kat member2 lain pun lebih kurang jugak..Aku pun lebih fokus pada jahitan dan hiasan dalaman rumah.Bila aku keluar shopping, aku ni memang kuat memandang....kaum LGBT...disana sini...tanpa segan silu...Dan hati kecil aku berdetik...mungkin ini salah satu sebabnya majlis perkahwinan semakin berkurangan...Bukan x ada...cuma x macam dulu.....Dunia semakin sampai kepenghujung....
Label
- Berbagi Kasih (2)
- curhat (3)
- doa-doa harian (2)
- info (44)
- kreativiti.. (10)
- langsir2 (11)
- Pelamin2 (3)
- peringatan.. (4)
- projek2 ku.. (4)
- resepi (1)
- story mory.. (10)
- video (3)
Sabtu, 20 Oktober 2012
Ahad, 14 Oktober 2012
Manusia Yang Mempunyai Tanduk
Luar Biasa! Manusia Yang Mempunyai Tanduk
| Tanduk sering dikaitkan dengan makhluk seperti haiwan yang meragut
rumput seperti kambing dan rusa. Namun begitu, hanya haiwan jantan yang
memiliki tanduk. Tetapi kali ini ia agak memeranjatkan, masakan pula manusia mempunyai dua tanduk yang tumbuh di bahagian dahi. Adakah ia mempunyai satu genetik yang berbeza daripada manusia lain? Kita saksikan gambar pelik di bawah ini.
Seorang wanita China telah ditumbuhi sebatang tanduk menyerupai tanduk kambing di tepi kiri kepalanya. Tanduk wanita berusia 101 tahun dari Kampung Linlou, Wilayah Henan itu, Zhang Ruifang, bermula sebagai benjolan kecil di dahinya dua tahun lalu. Tanduk itu sudah tumbuh sehingga enam sentimeter panjang. Tanduk itu menyebabkan sakit pada kepalanya.
Pada tahun 2003, seorang wanita dari Zhanjiang, selatan China, didapati tumbuh tanduk sepanjang 12 sentimeter (sm) di dahinya. Para doktor bingung dengan keadaannya itu dan sekadar mengandaikan Xiou Ling menghidap masalah ketidakseimbangan hormon. Sesetengah pakar berpendapat pencemaran radiasi turut menyebabkan manusia ditumbuhi benjolan seperti tanduk.
Satu lagi kes manusia bertanduk berlaku pada seorang budak di negara barat. Menurut ibunya, rupa George seperti syaitan selepas dibedah.
(B) WAJAH George sekarang. “Saya sudah cuba beberapa kali untuk
memendek dan mencabut tanduk tersebut tetapi masih tiada perubahan
berlaku, malahan semakin membesar,” katanya. Menurut lelaki itu lagi,
tanduk tersebut belum menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti tumbuh.
“Saya sudah berjumpa dengan banyak doktor tetapi punca kepada ketumbuhan
ini belum diketahui. Mereka pernah beberapa kali mencabut tanduk tersebut tetapi ia tetap tumbuh semula,” kenang beliau.
Khamis, 11 Oktober 2012
Doa suami kedekut
Pernah tak kowang mengalami situasi seperti ini...suami yg kedekut.hj bakhil bin hj kedekut.Macam2 kita dengar kisah rumahtangga.Ada suami yg berkira sgt dgn isteri.Maksudnya bukan dari segala aspek dia kedekut.kalau cam tu memang nk kena bye bye lah.Buat apa kahwin kalau semua nk kena tanggung.Ada juga yg cuma tanggung makan minum jea..tapi yg lain..ko carilah sendiri.Nak beli topup ke..nk beli kasut,kain baju keperluan diri dan anak2..pandai2lah usaha.Nak selesa usaha sendiri...Ramai yg macam gitu..Masalahnya nak kerja x dibenarkan pulak.Maka makan hati isteri kat rumah dgn spender yg bercerut dan coli yg londeh...
1.Bacakan selalu surah Al Kausar.2.Bacakan juga zikir pelembut hati ini agar hati suami tu lembut sikit nak beri nafkah:
“Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir”
3.Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas ubun-ubun suami. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Selain itu hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami..
4.Selain daripada itu amalkan doa ini: “Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi nabi daud a.s”.
Demikian doa suami kedekut yang boleh Anda amalkan.
Makan hati berulam jantung bila mendapat suami yang kedekut. Nasib saya pun lebih kurang serupa juga. Saya tidak bekerja , surirumah sepenuh masa mempunyai 6 orang anak yang masih bersekolah. Suami saya juga seorang jurutera dan sebagai pengerusi masjid. Suami saya sangat berkira nak mengeluarkan duit untuk perbelanjaan dan keperluan rumahtangga. Tetapi kalau dengan kawan2nya, dialah yang paling pemurah dan paling cepat mengeluarkan duit.
Pakaian anak2 hanya dibeli setahun sekali bila nak berhariraya, itu pun tinggal sehari dua untuk berhariraya barulah kami pergi beli. Oleh kerana kelam kabut, ada anak2 yg tak berganti pakaiannya. Pakaian anak perempuan dan saya langsung dia buat bodoh saja, alasannya tak sempat. Nasib baiklah pakaian lama masih boleh dipakai lagi, itu pun dari duit hasil jualan kek & tudung yang saya buat secara sambilan. Perabut rumah tak pernah berganti atau bertambah, kalau pecah-pecahlah, kalau patah-patah.. sampaikan meja makan kami pun dah tak berkerusi bertahun-tahun. Kerusi buluh di ruang tamu tu pun dah tercabut buluh2nya, tapi dia buat tahu jer. Pernah saya minta belikan katil untuk bilik kami, oleh kerana bingitkan saya dia belikan juga. Tapi selepas itu berbulan-bulan dia merungut menyesal membelinya kerana tak perlu katanya. Sampaikan satu hari kerana terlampau marah di tendangnya hujung katil sampai tercabut papannya.
Duit belanja anak2nya cukup2 saja, kalau mintak lebih untuk beli buku atau apa2.. siaplah kena marah dulu. TV lama yang sudah sekian lama rosak pun dia buat bodoh jer, Oleh kerana anak2 nak tengok tv mereka pun berkongsi duit hariraya membelinya. Duit hasil jualan saya yang sedikit tu kadang2 dia suruh dahulukan itu ini. Bila dituntut kembali duitnya payah sekali..Betul2 macam pengemis saya dibuatnya.. kalau suara tinggi sedikit, mulalah dia cari pasal naik angin., lepas tu jangan haraplah utk dapat duit tu semula.
Duit bonusnya yang berbelas ribu itu dah bertahun tak pernah kami rasa.. habis tak tahu kemana. Washing machine rosak pun dia beli pakai credit card.
Kalau dia belanja makan diluar yang jarang2 sekali tu, lepas bayar mulalah dia mengira-gira berkeluh-kesah, moody didalam kereta. Saya dan anak2 jadi sasaran untuk melepas kemarahan yang sememang sentiasa marah-marah.(kesian nasib kaum wanita yg dpt suami mcm ni)
Langgan:
Catatan (Atom)