Sabtu, 29 Oktober 2011

Tanda2 buahpinggang yg bermasalah

Kenali Masalah Buah Pinggang Anda Melalui Telinga

Masalah yang dihadapi oleh telinga kita mempunyai kaitan dengan apa yang berlaku pada buah pinggang. Berikut beberapa petanda yang boleh dikesan:

Telinga terasa tersumbat.
Ini menandakan buah pinggang anda mempunyai toksin yang berlebihan.

Telinga berdengung.
Ini menandakan badan anda sedang dalam proses merawat buah pinggang anda yang lemah. Kebiasaanya ia diikuti dengan terasa sakit pada bahagian tapak kaki ketika baru bangun dari tidur dan akan hilang selepas berjalan-jalan.

Jika anda mengalami keadaan berikut di bawah, bermakna buah pinggang anda memang dah teruk. Elok jaga buah pinggang sebelum jadi begini:

Bengkak-bengkak pada muka, pergelangan tangan, abdomen, peha dan buku lali
Kencing berbuih atau bercampur darah, atau berubah warna jadi pekat dan gelap.
Jumlah air kencing berkurang, terasa sakit pedih ketika kencing, perubahan pada tabiat atau masa kencing
Terasa sakit belakang bahagian tengah di bawah tulang rusuk iaitu kedudukan buah pinggang
Darah naik tinggi.

-Kalau ada semua itu elok buat pemeriksaan segera pada buah pinggang. Kadang-kadang buah pinggang hanya jem sementara dan akan lega balik dalam tempoh beberapa waktu.

Macammana nak jaga buah pinggang? Cuba buat yang berikut di bawah:

Banyak minum air
Rajin bersenam
Jaga diet pemakanan
Elakkan semua perkara yang boleh membawa penyakit kencing manis.

Apapun kita berusaha.. selebihnya Allah jua yg menentukan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...