Khamis, 1 November 2012

10 Tips Untuk Para Isteri Agar Disayangi Suami!


Setiap isteri sudah pasti mendambakan kasih sayang dan perhatian daripada seorang suami. Namun tahukah anda wahai para isteri, untuk mendapat kasih sayang dan perhatian daraipada seorang suami bukanlah sesuatu yang automatik berlaku sebaik sahaja anda berkahwin dan berstatus suami isteri.
Malah usaha ke arah yang diinginkan itu perlu dilakukan oleh para isteri agar ianya mendapat perhatian sang suami yang mungkin sibuk bekerja mencari rezeki untuk keluarga.

Berikut adalah tip-tip yang sebaiknya diamalkan oleh si isteri untuk memastikan kasih dan perhatian suami tidak berkurangan sepanjang kehidupan berumahtangga:
  1. Berhias, namun tidak perlu bersolek hebat. Cukup sekadar senang dan manis dipandang
  2. Menyenangkan, jangan tidak tahu bergurau. Kebanyakan suami suka mengusik isteri, jangan cepat merajuk, sambut jenakanya dengan tawa
  3. Pandai mendahulukan suami, menghormati pandangannya. Minta izin jika ingin ke mana-mana dan minta keputusannya dalam urusan rumahtangga. Yakini suami sebagai pemimpin
  4. Bersikap sederhana dan jangan meminta suami di luar kemampuannya.
  5. memanjakan suami seperti memotong kukunya, menyediakan air minuman atau mengurut badan jika ia kepenatan
  6. bijak dan berpengetahuan kerana bertukar-tukar fikiran dan komunikasi berkesan penting untuk kebahagiaan rumahtangga
  7. Hormati hak peribadinya, jangan terlalu ‘busybody’ seperti sering memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dsb. Yakini kesetiaan suami
  8. Jangan membanding-bandingkan suami dengan suami orang lain yang lebih kaya atau berkedudukan
  9. Pandai menjaga diri apabila ke luar rumah, menjaga maruah suami
  10. Ada di sisi suami sewaktu jatuh dan bangunnya, meniup semangat sewaktu suaminya gundah, menemani suami mengharungi kehidupan dan mencintai suaminya sepenuh hati
Semoga tip-tip ini mampu membantu anda menyemai kasih sayang suami isteri. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...