Label
- Berbagi Kasih (2)
- curhat (3)
- doa-doa harian (2)
- info (44)
- kreativiti.. (10)
- langsir2 (11)
- Pelamin2 (3)
- peringatan.. (4)
- projek2 ku.. (4)
- resepi (1)
- story mory.. (10)
- video (3)
Ahad, 27 November 2011
ingatlah sayang...
Sayang… Sebaik sahaja dirimu membuka mata dari tidur, bacalah doa kesyukuran. Bersyukurlah kerana usiamu telah dipanjangkan Allah dengan rahmayNya. Bersyukurlah kerana terselamat daripada kelalaian dan kelemahan tidur. Dan insaflah bahawa hakikatnya, pintu taubatmu masih terbuka. Dan ketahuilah bahawa tidur itu adalah pelajaran bagi yang hidup merasai setengah kematian. Melalui tidur, Tuhan telah mengajar kita mengingati kematian saban hari. Melalui tidur, Tuhan mengajar kita hikmah mimpi. Dan adab-adab tidur juga Tuhan tunjukkan kita melalui Nabi.oh betapa syumulnya Islam, ia terbimbing dari hal yang sekecil-kecilnya hingga kepada perkara yang sebesar-besarnya. Sayang… Berwudhu’lah sebelum tidur. Sesungguhnya Allah akan memelihara rohmu disisiNya. Tetapi jika tidurmu tanpa wudhu’, Tuhan tidak akan memandang dikau dan membiarkan jin dan syaitan mengganggumu. Akibatnya sayang akan terbuai mimpi-mimpi kosong yang tidak berfaedah, malah menarik ke arah kekufuran. Pengaruh dari mimpi sebegini berupaya mencorak perlakuanmu, jika dikau tidak mengetahui sumber-sumbernya. Amatlah rugi jika ajal mendatangi kita ketika sedang tidur dengan tidak berwudhu’. Roh kita akan terabai akibat dari kelalaian kita sendiri. Sayang… Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Mudah-mudahan mimpimu dikurniakan hikmah kerana ia merupakan satu cara wahyu diturunkan. Mimpi yang benar adalah mimpi yang diberkati Tuhanmu. Selain itu adalah mimpi yang batil dari gangguan jin dan syaitan, dan mimpi yang hambar terhasil dari panorama hidup seharian. Ingatan terhadap mimpi adalah penerimaan fikiranmu mentafsirkannya. Sekiranya dikau tidak biasa atau tidak percaya dan tidak dapat menerima berita-berita ghaib sebagaimana dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah maka jadilah segala-galanya tidak bererti dan tidak mendatangkan faedah dan pengajaran kepadamu. Jadikanlah mimpi sebagai mimpi dan permainan tidurmu. Sayang… Tidurlah apabila merasai mengantuk. Dengan tidur anggota tubuh akan dapat kerehatan dan tenaga akan pulih kembali. Usahlah dikau tidur dengan berlebih-lebihan kerana perbuatan itu akan mengakibatkan badan menjadi letih dan lesu. Akal fikiran akan menjadi lemah. Akan tetapi, jangan pula sayang tidak tidur berpanjangan kerana dengan berbuat demikian kewarasan fikiran akan hilang. Tidurlah sekadar sebagaimana disyorkan Islam, ditunjukkan oleh Nabi s.a.w iaitu tidur sebelum zohor dan selebihnya di siang hari menguruskan pentadbiran dunia. Manakala, tidur sedikit di malam hari dan bangun memperhambakan diri dari tengah malam hingga ke pagi. Inilah contoh tidur yang ideal dan amalan manusia hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Sayang… Jauhkan dirimu daripada amalan tidur dua kali di siang hari kerana amalan itu adalah perbuatan syaitan. Hindarkan dirimu tidur terlalu lama supaya tidak dikencingkannya. Dan janganlah tidur di siang hari menjadi kemestian kerana tabiat ini akan mengeruhkan wajahmu dan rezeki menjadi mahal. Berusahalah menjaga adab-adab tidur dan elakkan dari menelentang, kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah auratmu dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada fitnah. Berlindunglah kepada Allah, Insya Allah dirimu akan mendapat berkat. Sayang… Ingatlah bahawa masalah tidur sering dianggap remeh temeh dalam hidup ini, tetapi pada hakiktnya ia adalah jurang yang dalam yang berupaya mengakibatkan dirimu hidup tak terancang, hilang matlamat dan hilang punca. Sesungguhnya jurang ini telah dimanfaatkan oleh musuh yang menjadikan panduan hasrat dan dengkinya dengan sumpahan cela. Ketahuilah sayang… Bahawa syaitan telah bersumpah dengan tiga perkara. Selagi makhluk Allah yang bernama manusia melakukannya, selagi itulah pintu kesesatan terbuka luas dan mudah bagi mereka memperdaya : iaitu Pertamanya keinginan untuk makan, Keduanya keinginan terhadap perempuan dan Ketiganya keinginan untuk tidur di mana selama mana ketiga-tiga keinginan ini terus subur dalam diri manusia maka selagi itulah tidak ada kegagalan untuk syaitan menyesatkan manusia. Kita semua tidak akan terselamat kerana itu adalah sifat dan ciri-ciri manusia. Kita hanya terselamat jika didikan Rasulullah dalam hal-hal berkaitan kita amalkan. Itulah kurniaan Allah kepada kita, hamba yang mencari keredhaanNya. Maka bersyukurlah sayang dan jangan sekali-kali menyombong diri…. ‘Selamat malam Sayang’
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan