Anda kurang berahi terhadap isteri atau suami?
Suami kurang berahi terhadap anda?
Isteri kurang berahi terhadap anda?
Tip pertama : Jangan fikir anda tahu semuanya mengenai pasangan anda
Anda tidak boleh lakukan perkara yang
sama sahaja untuk merangsang pasangan anda. Anda perlu berani mencuba
kaedah baru dan pelbagaikan teknik ketika bersetubuh. Anda jangan ingat
anda sudah tahu semuanya mengenai pasangan anda kerana setiap orang akan
berkembang minat seks mereka.
Tip kedua : Berkongsi fantasi seks
Sentiasa bertukar pendapat dan
berkongsi fantasi seks dengan pasangan anda. Anda juga boleh kejutkan
pasangan anda dengan idea fantasi anda yang tersendiri. Realitikan
fantasi akan mencetuskan perasaan berahi antara anda berdua.
Tip ketiga : Bersetubuh dengan seronok
Jangan lakukan seks dalam keadaan
tertekan. Sebaliknya sentiasa berseronok ketika bersetubuh. Jadikan
aktiviti bersetubuh sebagai acara kemuncak kepada percintaan anda
berdua.
Tip keempat : Menggoda pasangan secara berterusan
Apabila anda melihat pasangan anda,
katakan sesuatu untuk menggodanya. perkahwinan adalah hubungan
percintaan sepanjang hayat. Jika anda tidak berkomunikasi atau berhenti
menggoda, perasaan cinta akan hilang dari pasangan anda. Seterusnya dia
jua tidak mood untuk bersetubuh dengan anda.
Tip kelima : Kekalkan penampilan yang menarik
Kadangkala ada isteri yang berahi
apabila melihat pasangannya berjambang atau botak. Kadangkala si suami
akan cepat terangsang apabila si isteri mengenakan kebaya. Sentiasa jaga
penampilan diri untuk kepuasan pasangan masing – masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan