Isnin, 11 November 2013

Seindah kenangan lalu...





      Lama sungguh aku tak menulis.Suasana kehidupan 2013 penuh dgn pelbagai peristiwa.rentetan kehidupan yg tak pernah dijangka.Penuh dgn pelbagai peristiwa pahit dan manis..kasih dan sayang yg selalu jadi pertikaian.Duhai hati..lantas aku melalauinya dgn penuh ketabahan.Dan disini aku mula menyusuri semula kenangan.Rasa rindu yg tertinggal dan rasa kasih yg terabai.Walau segalanya telah berlalu ia adalah pengajaran membuahkan kesedaran dan pengharapan betapa berharga nilai sebuah kesefahaman.Kisah manusia yg mengambil kesempatan dari setiap keikhlasan.Mengenali dan memahami sikap seseorang yg tak tahu menghargai erti budi.Dlm kemelut rasa yg tak pasti aku melalui lagi pengalaman.                          
      Penghujung ogos yg lalu kini tinggal sebagai satu memory. Bertemu di sini dlm suasana dan latar belakang kehidupan yg berbeza.


       Walaupun punyai status yg sama tapi tak serupa.semuanya punyai pelbagai cerita kehidupan yg berlainan dari pelbagai sudut dan gaya.Ada sedih..suka dan duka didalamnya.Mengenali hati budi masing2 pada awalnya memang sukar.Sikap dan sifat.Tapi bila berminggu2 melaluinya bersama ...alangkah sukarnya bila terjadi perpisahan..sedih sebak dan pilu yg agak lama mahu terpadam.Kehidupan seperti sebuah keluarga.Aku yg memang mudah menyayangi walaupun nmpk mcm bersahaja sebenarnya seorg yg perihatin.Sesungguhnya tiada sekelumit pun dihati rasa ketidakpuasan ..Hingga kini masih menyimpan keinginana utk bertemu lagi.Berharap dan berdoa semoga semua teman2 seperjuangan berjaya dlm melalui liku2 kehidupan yg penuh mencabar.Punyai kesihatan yg baik dan masa depan yg berjaya...kerana disini aku akan tetap menulis disetiap kesempatan utk setiap kehidupan....dan kalian akan selalu ada dlm setiap sujudku....Semoga semuanya kan berbahagia.....Bermulalah karier masing2 sebagai seorang therapis yg berjaya...Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...