Isnin, 5 Disember 2011

Rahsia Keindahan dan Keajaiban Air Zam Zam



Tak banyak yang tahu bagaimana caranya telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada satu musim haji, tanpa pernah kering satu kali pun. Seorang penyelidik pernah diperintahkan raja Faisal menyelidiki sumur zam-zam untuk menjawab tuduhan kotor seorang doktor dari Mesir.

Berapa Juta Liter air zamzam?
Berapa banyak air zam-zam yang di "kuras" setiap musim haji? Mari kita hitung secara sederhana. Jamaah haji yang datang dari seluruh penjuru dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah kira-kira dua juta orang. Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang nanti ke tanah airnya. Kalau 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter zam-zam ke negaranya, itu saja sudah 10 juta liter. Disamping itu selama di Mekah, kalau saja jemaah rata-rata tinggal 25 hari, dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari, maka totalnya sudah 50 juta liter!!.

Keanehan air Zamzam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari negeri Mesir mengatakan kepada Press Eropah bahawa air Zamzam itu tidak sihat untuk diminum. Asumsinya didasarkan bahwa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut. Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mengendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari perigi Zamzam. Masya Allah.

Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Mentri Pertanian dan Sumber Air untuk menyiasat masalah ini, dan menghantar sampel air Zamzam ke Laboratorium-makmal di Eropah untuk ditest.

Tariq Hussain, jurutera kimia yang bekerja di Pemasangan Pemurnian Air Laut untuk diminum, di Kota Jedah, mendapat tugas menyelidikinya. Pada saat memulakan tugasnya, Tariq belum punya gambaran, bagaimana telaga Zamzam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tak ada batasnya.

Ketika sampai di dalam perigi, Tariq amat tercengang ketika menyaksikan bahawa saiz "kolam" sumur itu hanya 18 x 14 feet saja (Kira-kira 5 x 4 meter). Tak terbayang, bagaimana caranya sumur sekecil ini boleh mengeluarkan berjuta-juta galon air setiap musim hajinya. Dan itu berlangsung sejak ribuan tahun yang lalu, sejak zaman Nabi Ibrahim AS.

Penelitian menunjukkan, mata air zamzam boleh memancarkan air sebanyak 11-18 liter air pada saat. Dengan demikian, setiap minit akan dihasilkan 660 liter air. Itulah yang mencengangkan.

Tariq mulai mengukur kedalaman air perigi. Dia minta pembantunya masuk ke dalam air. Ternyata air sumur itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 feet 8 inci. Lalu dia menyuruh pembantunya untuk menyemak, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah berpindah dari satu tempat ke tempat lain, ternyata tak dijumpai apapun!.

Dia berfikir, mungkin saja air perigi ini disuppli dari luar melalui saluran pam berkekuatan besar. Bila seperti itu kejadian nya, maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba. Tetapi dugaan inipun tak terbukti. Tak dijumpai gerakan air yang mencurigakan, juga tak dijumpai ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah yang besar.

Selanjutnya Dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam perigi. Lalu menyuruh berdiri, dan diam ditempat sambil mengamati sekelilingnya. Perhatikan dengan sangat cermat, dan laporkan apa yang terjadi, sekecil apapun. Setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengacungkan kedua tangannya sambil berteriak: "Alhamdulillah, Saya dapati dia! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku. Dan air itu keluar dari dalam perigi,".

Lalu pembantunya diminta berputar mengelilingi telaga ketika tiba saat mengepam air (untuk dialirkan ke tempat pengedaran air) berlangsung. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar sumur sama besarnya seperti sebelum tempoh mengepam. Dan aliran air yang keluar, besarnya sama di setiap titik, di semua kawasan. Ini menyebabkan permukaan telaga itu relatif stabil, tak ada goncangan yang besar

Mengandung zat Anti Kuman.
Keputusan kajian sampel air di Eropah dan Saudi Arabia menunjukkan bahawa Zamzam mengandungi zat fluorida yang punya kuasa berkesan membunuh kuman, layaknya seperti sudah mengandungi ubat. Lalu perbezaan air Zamzam dibandingkan dengan air sumur lain di kota Mekah dan Arab sekitarnya adalah dalam hal kuantitas kalsium dan garam magnesium.

Kandungan kedua-dua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zamzam. Itu mungkin sebabnya air zamzam membuat kesan menyegarkan bagi jamaah yang kelelahan.

Keistimewaan lain, komposisi dan rasa kandungan garamnya selalu stabil, selalu sama dari sejak terbentuknya sumur ini. "Rasanya" selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang tiap tahun.

Boleh Menyembuhkan Penyakit.
Nabi saw menjelaskan: "Sesungguhnya, Zamzam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandung gizi".

Nabi saw menambah: "Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail ". (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah saw pernah mengambil air zamzam dalam sebuah kendi dan tempat air dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah. Air zamzam itu digunakan Rasulullah saw untuk memerciki orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

Dalam kajian ilmiah yang dilakukan di makmal Eropah, terbukti bahawa zamzam memang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Mekah.
1. Kadar Kalsium dan garam magnesium lebih tinggi berbanding telaga yang lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
2. Zamzam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
3. Yang juga menakjubkan adalah, tak ada sedikit pun lumut di perigi ini. Zamzam selalu bebas dari pencemaran kuman.
4. Anehnya lagi, pada saat semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga zamzam tetap berair. Dan zamzam memang tak pernah kering sepanjang zaman.

Beberapa ulama fekah mengesyorkan agar jemaah haji membawa zamzam ketika pulang ke negaranya sebab zamzam itu boleh sebagai ubat untuk suatu penyembuhan. Dan ini terbukti, banyak jamaah dari Indonesia maupun negara-negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zamzam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...