Isnin, 9 April 2012

Roti flower bun







Bahan-Bahan:

250 gm tepung roti/high protein.
11 gm yis.
45 gm butter/marjerin.
20 gm susu tepung.
40 gm gula.
100 ml air
sebiji telur,
secubit garam.
sepeket sosej.
sayur campur.
sos
mayonis.

Cara-cara:

1.  Masukkan semua bahan ke bekas kecuali air.

2.  Gaulkan semua bahan.

3.  Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga sebati.

4.  Uli sehingga sebati dan bentukkan bulat.  Tutup dan biarkan
doh hingga mengembang lebih kurang setengah jam.

Doh yang telah mengambang.

5.  'Punch' doh tadi perlahan-lahan untuk mengeluarkan udara di dalamnya.

6.  Doh yang telah diuli semula di potong kecil-kecil kepada 10 bahagian.

7.  Bahagian-bahagian kecil tadi dibulatkan dan diletakkan ke tepi.

8.  Ambil seketul doh, canaikan bulat dengan ketebalan lebih kurang
1/2 cm. Letakkan sosej dan gulung.  Untuk saiz ini, gunakan
separuh sahaja sosej.

Doh yang telah siap digulung.

9.  Dengan menggunakan pisau, potong serong gulungan tadi
nipis-nipis sehingga putus bahagian sosej.  

10.  Tegakkan gulungan tadi dan bentukkan kelopak dengan menarik
adunan ke atas, kiri dan kanan berselang-seli hingga habis.

11.  Letakkan bun yang telah siap dibentuk ke atas kertas pelapik dan
susun di atas dulang pembakar.  (jangan letak rapat sebab roti
akan mengembang)

12.  Taburkan sayur campur.

13.  Letakkan sos dan mayonis.  Biarkan mengembang lebih kurang
10 minit sebelum dibakar dalam oven selama 15 minit dengan
suhu 160 darjah Celsius.

Flower bun sedia untuk dihidangkan.

Sesuai dihidangkan pada waktu petang atau majlis keramaian.  Kos yang saya gunakan untk menyiapkan 10 biji bun ini cuma lebih kurang RM8.00

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...