Ahli geologi di Rusia telah menemukan apa yang mereka dakwa sebagai telur-telur dinosaur! Telur-telur ini sudah ada di bumi semenjak lebih dari 60 juta tahun lalu!
“Setakat ini kami sudah menjumpai sebanyak 40 biji telur, tapi kami belum boleh memberikan angka rasminya”, ujar Said-Emin Dzhabrailov, ahli geologi dari Universiti Chechen.
Ia yakin masih ada banyak telur yang tertanam jauh di dalam. Penemuan ini bermula ketika kontraktor hendak meratakan bukit di pergunungan Kaukasus untuk pembangunan jalan. Mereka menemui keanehan dalam bentuk tanahnya yang kering, dimana seperti ada benjolan2 dari dalam tanah.
Pasukan geologi kemudian datang dan mengukur telur tersebut. Ukurannya besar, sekitar 25 cm hingga 1 meter. Untuk mengetahui spesies haiwan di dalam fosil telur tersebut, mereka harus bekerja mengkajinya terlebih dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan