Khamis, 11 Oktober 2012

Doa suami kedekut

Pernah tak kowang mengalami situasi seperti ini...suami yg kedekut.hj bakhil bin hj kedekut.Macam2 kita dengar kisah rumahtangga.Ada suami yg berkira sgt dgn isteri.Maksudnya bukan dari segala aspek dia kedekut.kalau cam tu memang nk kena bye bye lah.Buat apa kahwin kalau semua nk kena tanggung.Ada juga yg cuma tanggung makan minum jea..tapi yg lain..ko carilah sendiri.Nak beli topup ke..nk beli kasut,kain baju keperluan diri dan anak2..pandai2lah usaha.Nak selesa usaha sendiri...Ramai yg macam gitu..Masalahnya nak kerja x dibenarkan pulak.Maka makan hati isteri kat rumah dgn spender yg bercerut dan coli yg londeh...

1.Bacakan selalu surah Al Kausar.



2.Bacakan juga zikir pelembut hati ini agar hati suami tu lembut sikit nak beri nafkah:
“Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir”

3.Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas ubun-ubun suami. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Selain itu hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami..

4.Selain daripada itu amalkan doa ini: “Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi nabi daud a.s”.

Demikian doa suami kedekut yang boleh Anda amalkan.

Makan hati berulam jantung bila mendapat suami yang kedekut. Nasib saya pun lebih kurang serupa juga. Saya tidak bekerja , surirumah sepenuh masa mempunyai 6 orang anak yang masih bersekolah. Suami saya juga seorang jurutera dan sebagai pengerusi masjid. Suami saya sangat berkira nak mengeluarkan duit untuk perbelanjaan dan keperluan rumahtangga. Tetapi kalau dengan kawan2nya, dialah yang paling pemurah dan paling cepat mengeluarkan duit.
Pakaian anak2 hanya dibeli setahun sekali bila nak berhariraya, itu pun tinggal sehari dua untuk berhariraya barulah kami pergi beli. Oleh kerana kelam kabut, ada anak2 yg tak berganti pakaiannya. Pakaian anak perempuan dan saya langsung dia buat bodoh saja, alasannya tak sempat. Nasib baiklah pakaian lama masih boleh dipakai lagi, itu pun dari duit hasil jualan kek & tudung yang saya buat secara sambilan. Perabut rumah tak pernah berganti atau bertambah, kalau pecah-pecahlah, kalau patah-patah.. sampaikan meja makan kami pun dah tak berkerusi bertahun-tahun. Kerusi buluh di ruang tamu tu pun dah tercabut buluh2nya, tapi dia buat tahu jer. Pernah saya minta belikan katil untuk bilik kami, oleh kerana bingitkan saya dia belikan juga. Tapi selepas itu berbulan-bulan dia merungut menyesal membelinya kerana tak perlu katanya. Sampaikan satu hari kerana terlampau marah di tendangnya hujung katil sampai tercabut papannya.
Duit belanja anak2nya cukup2 saja, kalau mintak lebih untuk beli buku atau apa2.. siaplah kena marah dulu. TV lama yang sudah sekian lama rosak pun dia buat bodoh jer, Oleh kerana anak2 nak tengok tv mereka pun berkongsi duit hariraya membelinya. Duit hasil jualan saya yang sedikit tu kadang2 dia suruh dahulukan itu ini. Bila dituntut kembali duitnya payah sekali..Betul2 macam pengemis saya dibuatnya.. kalau suara tinggi sedikit, mulalah dia cari pasal naik angin., lepas tu jangan haraplah utk dapat duit tu semula.
Duit bonusnya yang berbelas ribu itu dah bertahun tak pernah kami rasa.. habis tak tahu kemana. Washing machine rosak pun dia beli pakai credit card.
Kalau dia belanja makan diluar yang jarang2 sekali tu, lepas bayar mulalah dia mengira-gira berkeluh-kesah, moody didalam kereta. Saya dan anak2 jadi sasaran untuk melepas kemarahan yang sememang sentiasa marah-marah.(kesian nasib kaum wanita yg dpt suami mcm ni)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...